Selasa, 14 November 2017

Entri 8: Sumber Bahan & Alatan Kraf Kad Ucapan

Entri 7: Anatomi Kad Ucapan

Teks & Gambar: Aida Yusoff

Entri ini saya ingin menerangkan sedikit anatomi atau bahagian-bahagian kad ucapan supaya pembaca semua lagi mudah memahami entri saya yang seterusnya. 


Perkataan "get well soon" pada gambar Kad 1 ini ialah ucapan atau terma dalam Bahasa Inggerisnya adalah sentiments. Ucapan ini adalah kata-kata utama yang menyampaikan fungsi utama kad ucapan tersebut. Sebagai contoh, jika kad tersebut hendak diberi sempena hari jadi si penerima maka ucapan yang sesuai untuk diletakkan dihadapan kad tersebut ialah "Selamat Hari Jadi" atau untuk lebih khusus kita juga boleh letakkan ucapan seperti "Selamat Hari Jadi ke 21".

Latar belakang atau terma dalam Bahasa Inggerisnya background ialah ruang die belakang ucapan. Pada latar belakang inilah pembuat kad akan menunjukkan kreativiti dengan menggunakan pelbagai teknik dan media kraf kertas. Pada Kad 1 ini saya menggunakan kertas bercorak dan teknik anyaman sebagai latar belakang. Teknik-teknik lain yang boleh digunapakai pada latar belakang ialah cat air, stamping, embossing dan juga menggunakan kertas bercorak (pattern paper) sebagai latar belakang. 

Elemen hiasan atau dalam Bahasa Inggeris biasa dipanggil embellishments ini digunakan untuk menaikkan lagi seri kad ucapan. Bahan-bahan yang boleh dijadikan elemen hiasan ialah labuci, manik, pelekat hiasan (stickers) dan juga pita washi (washi tape).

Kad 2 ini adalah contoh kad ucapan jenis CAS iaitu clean and simple. Ada beberapa pembuat kad terkemuka seperti Laura Fedora dan Jennifer McGuire yang amat gemar menghasilkan kad ucapan jenis CAS ini.

Bahagian dalam kad seperti pada gambar Kad 3 ini adalah ruang yang pada kebiasaannya saya biarkan kosong untuk diisi oleh si pemberi dengan ucapan sendiri dan juga tandatangan. Tetapi kadangkala saya juga suka untuk stamp ucapan yang agak panjang sesuai dengan fungsi kad ucapan tersebut. 


Isnin, 13 November 2017

Entri 6: Kenali Kraf Kad Ucapan

Teks & Gambar: Aida Yusoff

Kraf kad ucapan boleh dikategorikan sebagai salah satu cabang kraf kertas. Ramai di antara kita yang pernah membuat sendiri kad ucapan, sekurang-kurangnye sekali semasa dibangku sekolah rendah semasa kelas pendidikan seni.

Pada asasnya, kraf kad ucapan ini amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun, pelbagai teknik boleh digunakan untuk menghasilkan sekeping kad ucapan yang boleh membawa 1001 makna yang ingin disampaikan daripada si pemberi kepada si penerima. 

Antara teknik-teknik yang biasa saya gunakan ialah;

1. Cat air 
2. Die-cutting 
3. Embossing
4. Stamping
5. Heat embossing

Saya akan cuba menulis beberapa entri untuk setiap satu teknik yang saya sebutkan di atas. 

Setiap kad yang dihasilkan mungkin hanya menggunapakai satu teknik sahaja. Tetapi kebiasaanya saya akan cuba menggabungkan beberapa teknik untuk menghasilkan sesuatu kad untuk mencapai objektif rekaan kad tersebut.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa gambar kad yang pernah saya hasilkan. Terima kasih kerana sudi membaca.










Jumaat, 10 November 2017

Entri 5: Bag Crochet Mama (Bahagian 2)

Teks & Gambar: Aida Yusoff

Entri kali ini saya ingin tunjukkan gambar-gambar proses penghasilan beg crochet Mama. Di bawah ini adalah gambar lima kepingan granny square yang telah siap, dua granny square berukuran 4inci kali 4inci dan tiga granny square yang berukuran 10inci kali 10inci.



Saya telah menggunakan fabrik kapas bercorak polka-dot sebagai lining untuk beg crochet ini. Langkah menjahit fabrik kapas kepada kepingan granny square sebagai lining dilakukan sebelum menyambung kelima-lima kepingan granny square menjadi beg.



Saya telah menggunakan teknik tunisian crochet untuk menghasilkan tali beg tersebut. Panjang tali beg adalah 20inci. 


Inilah gambar penuh beg crochet untuk mama. Saya sertakan sekali sekeping kad yang dibuat sendiri. 




Terima kasih kerana sudi membaca.












Ahad, 27 Ogos 2017

Entri 4: Sulaman Manik

Pada tahun 2010, saya ada mengikuti satu kelas solekan pengantin. Diantara projek yang perlu saya siapkan adalah sesi fotografi hasil solekan dan dandanan model pengantin. Semasa menyelesaikan projek inilah tenaga pengajar memperkenalkan teknik sulaman manik untuk membuat aksesori penganti seperti tiara dan gelang.

Sebelum ini saya hanya tahu teknik sulaman manik hanya sesuai untuk menaikkan seri busana pengantin atau pakaian untuk acara istimewa sahaja. Tetapi teknik sulaman manik ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan aksesori wanita seperti keronsang dan loket. Buku kraf yang dibeli di Kinokuniya Suria KLCC ini adalah bahan rujukan utama saya dalam menghasilkan aksesori sulaman manik.




Bahan dan alatan yang digunakan dalam tutorial dari buku tersebut saya dapatkan dari laman web www.beading.my

Ini adalah contoh hasil kraf sulaman manik yang saya hasilkan beberapa tahun lepas. 










  


Jumaat, 25 Ogos 2017

Entri 3: Beg Crochet Mama (Bahagian 1)

Teks & Gambar: Aida Yusoff

Saya memang suka memberi hadiah harijadi dan kad ucapan yang dibuat sendiri untuk ahli keluarga. Jika masa mengizinkan. Tahun ini mama minta buatkan beg crochet seperti contoh beg kepunyaan rakan kelas mengajinya.

Nasib baik ada contoh, mudah sikit untuk saya anggarkan saiz dan jenis jahitan crochet untuk beg tersebut. Beg contoh tersebut menggabungkan tiga keping granny squares berukuran 10 inci kali 10 inci, 2 kepingan granny square berukuran 4 inci kali 4 inci dan tali beg tersebut saya akan gunakan jahitan tunisian crochet. 

Uniknya granny square tersebut sebab ada barisan jahitan single crochet diantara barisan double crochet dengan menggunakan warna benang kait yang berlawanan. Saya memilih warna coklat gelap dan merah jambu lembut. Saya risau juga jika gabungan dua warna ini tidak cantik. Disini saya kongsi video membuat granny square dari Bella Coco.  

Semasa saya membuat nota untuk entri ini, saya baru sahaja menyiapkan 3 kepingan granny square 10 inci kali 10 inci. Saya akan sambung mengenai beg crochet mama ini dalam bahagian 2. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Entri 2: Langkah pertama ke dunia seni kraf

Teks & Gambar: Aida Yusoff

Selepas entri pengenalan diri, saya suka hendak berkongsi dengan pembaca blog ini bagaimana saya mula berjinak-jinak dengan dunia seni kraf.

Saya membina rumahtangga pada usia muda, sejurus selepas habis peperiksaan semester akhir program ijazah di UTP. Setahun sebelum itu kami telah bertunang. Saya agak terkejut dengan kos yang digunakan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan. Untuk menjimatkan belanja yang bakal digunakan semasa majlis pernikahan nanti saya nekad hendak mencuba membuat sendiri hantaran perkahwinan, bunga telur dan juga cenderahati istemewa untuk keluarga terdekat dan sahabat rapat.

Perkara pertama yang saya lakukan adalah membina koleksi rujukan dengan membeli senaskhah majalah perkahwinan. Alhamdulillah dalam majalah itu ada beberapa artikel mengenai kraf perkahwinan dan fokus pada buatan sendiri atau do-it-yourself (DIY). Tetapi contoh-contoh di dalam majalah itu tiada yang berkenan di hati.


Selepas itu saya pergi ke sebuah kedai menjual bahan dan alatan kraf perkahwinan. Kedai tersebut juga menjual contoh bunga telur dan cenderahati perkahwinan. Terdapat satu bekat potpourri yang sangat cantik dan ringkas. Saya terus beli contoh cenderahati tersebut dengan harapan saya boleh buat sendiri. 

Alhamdulillah, saya dapat mengikut contoh tersebut. Saya masih simpan lagi satu cenderahati potpourri itu. Walaupon warna reben telah pudar namun pengalaman menyiapkan sendiri cenderahati, bunga telur dan hantaran perkahwinan masih lagi segar dalam ingatan walaupon 13 tahun telah berlalu.