Saya memang suka memberi hadiah harijadi dan kad ucapan yang dibuat sendiri untuk ahli keluarga. Jika masa mengizinkan. Tahun ini mama minta buatkan beg crochet seperti contoh beg kepunyaan rakan kelas mengajinya.
Nasib baik ada contoh, mudah sikit untuk saya anggarkan saiz dan jenis jahitan crochet untuk beg tersebut. Beg contoh tersebut menggabungkan tiga keping granny squares berukuran 10 inci kali 10 inci, 2 kepingan granny square berukuran 4 inci kali 4 inci dan tali beg tersebut saya akan gunakan jahitan tunisian crochet.
Uniknya granny square tersebut sebab ada barisan jahitan single crochet diantara barisan double crochet dengan menggunakan warna benang kait yang berlawanan. Saya memilih warna coklat gelap dan merah jambu lembut. Saya risau juga jika gabungan dua warna ini tidak cantik. Disini saya kongsi video membuat granny square dari Bella Coco.
Semasa saya membuat nota untuk entri ini, saya baru sahaja menyiapkan 3 kepingan granny square 10 inci kali 10 inci. Saya akan sambung mengenai beg crochet mama ini dalam bahagian 2. Terima kasih kerana sudi membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan