Entri ini saya ingin menerangkan sedikit anatomi atau bahagian-bahagian kad ucapan supaya pembaca semua lagi mudah memahami entri saya yang seterusnya.
Perkataan "get well soon" pada gambar Kad 1 ini ialah ucapan atau terma dalam Bahasa Inggerisnya adalah sentiments. Ucapan ini adalah kata-kata utama yang menyampaikan fungsi utama kad ucapan tersebut. Sebagai contoh, jika kad tersebut hendak diberi sempena hari jadi si penerima maka ucapan yang sesuai untuk diletakkan dihadapan kad tersebut ialah "Selamat Hari Jadi" atau untuk lebih khusus kita juga boleh letakkan ucapan seperti "Selamat Hari Jadi ke 21".
Latar belakang atau terma dalam Bahasa Inggerisnya background ialah ruang die belakang ucapan. Pada latar belakang inilah pembuat kad akan menunjukkan kreativiti dengan menggunakan pelbagai teknik dan media kraf kertas. Pada Kad 1 ini saya menggunakan kertas bercorak dan teknik anyaman sebagai latar belakang. Teknik-teknik lain yang boleh digunapakai pada latar belakang ialah cat air, stamping, embossing dan juga menggunakan kertas bercorak (pattern paper) sebagai latar belakang.
Elemen hiasan atau dalam Bahasa Inggeris biasa dipanggil embellishments ini digunakan untuk menaikkan lagi seri kad ucapan. Bahan-bahan yang boleh dijadikan elemen hiasan ialah labuci, manik, pelekat hiasan (stickers) dan juga pita washi (washi tape).
Kad 2 ini adalah contoh kad ucapan jenis CAS iaitu clean and simple. Ada beberapa pembuat kad terkemuka seperti Laura Fedora dan Jennifer McGuire yang amat gemar menghasilkan kad ucapan jenis CAS ini.
Bahagian dalam kad seperti pada gambar Kad 3 ini adalah ruang yang pada kebiasaannya saya biarkan kosong untuk diisi oleh si pemberi dengan ucapan sendiri dan juga tandatangan. Tetapi kadangkala saya juga suka untuk stamp ucapan yang agak panjang sesuai dengan fungsi kad ucapan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan