Teks & Gambar: Aida Yusoff
Selepas entri pengenalan diri, saya suka hendak berkongsi dengan pembaca blog ini bagaimana saya mula berjinak-jinak dengan dunia seni kraf.
Selepas entri pengenalan diri, saya suka hendak berkongsi dengan pembaca blog ini bagaimana saya mula berjinak-jinak dengan dunia seni kraf.
Saya membina rumahtangga pada usia muda, sejurus selepas habis peperiksaan semester akhir program ijazah di UTP. Setahun sebelum itu kami telah bertunang. Saya agak terkejut dengan kos yang digunakan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan. Untuk menjimatkan belanja yang bakal digunakan semasa majlis pernikahan nanti saya nekad hendak mencuba membuat sendiri hantaran perkahwinan, bunga telur dan juga cenderahati istemewa untuk keluarga terdekat dan sahabat rapat.
Perkara pertama yang saya lakukan adalah membina koleksi rujukan dengan membeli senaskhah majalah perkahwinan. Alhamdulillah dalam majalah itu ada beberapa artikel mengenai kraf perkahwinan dan fokus pada buatan sendiri atau do-it-yourself (DIY). Tetapi contoh-contoh di dalam majalah itu tiada yang berkenan di hati.
Selepas itu saya pergi ke sebuah kedai menjual bahan dan alatan kraf perkahwinan. Kedai tersebut juga menjual contoh bunga telur dan cenderahati perkahwinan. Terdapat satu bekat potpourri yang sangat cantik dan ringkas. Saya terus beli contoh cenderahati tersebut dengan harapan saya boleh buat sendiri.
Alhamdulillah, saya dapat mengikut contoh tersebut. Saya masih simpan lagi satu cenderahati potpourri itu. Walaupon warna reben telah pudar namun pengalaman menyiapkan sendiri cenderahati, bunga telur dan hantaran perkahwinan masih lagi segar dalam ingatan walaupon 13 tahun telah berlalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan