Selasa, 14 November 2017
Entri 7: Anatomi Kad Ucapan
Teks & Gambar: Aida Yusoff
Entri ini saya ingin menerangkan sedikit anatomi atau bahagian-bahagian kad ucapan supaya pembaca semua lagi mudah memahami entri saya yang seterusnya.
Entri ini saya ingin menerangkan sedikit anatomi atau bahagian-bahagian kad ucapan supaya pembaca semua lagi mudah memahami entri saya yang seterusnya.
Perkataan "get well soon" pada gambar Kad 1 ini ialah ucapan atau terma dalam Bahasa Inggerisnya adalah sentiments. Ucapan ini adalah kata-kata utama yang menyampaikan fungsi utama kad ucapan tersebut. Sebagai contoh, jika kad tersebut hendak diberi sempena hari jadi si penerima maka ucapan yang sesuai untuk diletakkan dihadapan kad tersebut ialah "Selamat Hari Jadi" atau untuk lebih khusus kita juga boleh letakkan ucapan seperti "Selamat Hari Jadi ke 21".
Latar belakang atau terma dalam Bahasa Inggerisnya background ialah ruang die belakang ucapan. Pada latar belakang inilah pembuat kad akan menunjukkan kreativiti dengan menggunakan pelbagai teknik dan media kraf kertas. Pada Kad 1 ini saya menggunakan kertas bercorak dan teknik anyaman sebagai latar belakang. Teknik-teknik lain yang boleh digunapakai pada latar belakang ialah cat air, stamping, embossing dan juga menggunakan kertas bercorak (pattern paper) sebagai latar belakang.
Elemen hiasan atau dalam Bahasa Inggeris biasa dipanggil embellishments ini digunakan untuk menaikkan lagi seri kad ucapan. Bahan-bahan yang boleh dijadikan elemen hiasan ialah labuci, manik, pelekat hiasan (stickers) dan juga pita washi (washi tape).
Kad 2 ini adalah contoh kad ucapan jenis CAS iaitu clean and simple. Ada beberapa pembuat kad terkemuka seperti Laura Fedora dan Jennifer McGuire yang amat gemar menghasilkan kad ucapan jenis CAS ini.
Bahagian dalam kad seperti pada gambar Kad 3 ini adalah ruang yang pada kebiasaannya saya biarkan kosong untuk diisi oleh si pemberi dengan ucapan sendiri dan juga tandatangan. Tetapi kadangkala saya juga suka untuk stamp ucapan yang agak panjang sesuai dengan fungsi kad ucapan tersebut.
Isnin, 13 November 2017
Entri 6: Kenali Kraf Kad Ucapan
Teks & Gambar: Aida Yusoff
Kraf kad ucapan boleh dikategorikan sebagai salah satu cabang kraf kertas. Ramai di antara kita yang pernah membuat sendiri kad ucapan, sekurang-kurangnye sekali semasa dibangku sekolah rendah semasa kelas pendidikan seni.
Pada asasnya, kraf kad ucapan ini amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun, pelbagai teknik boleh digunakan untuk menghasilkan sekeping kad ucapan yang boleh membawa 1001 makna yang ingin disampaikan daripada si pemberi kepada si penerima.
Antara teknik-teknik yang biasa saya gunakan ialah;
1. Cat air
2. Die-cutting
3. Embossing
4. Stamping
5. Heat embossing
Saya akan cuba menulis beberapa entri untuk setiap satu teknik yang saya sebutkan di atas.
Setiap kad yang dihasilkan mungkin hanya menggunapakai satu teknik sahaja. Tetapi kebiasaanya saya akan cuba menggabungkan beberapa teknik untuk menghasilkan sesuatu kad untuk mencapai objektif rekaan kad tersebut.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa gambar kad yang pernah saya hasilkan. Terima kasih kerana sudi membaca.

Jumaat, 10 November 2017
Entri 5: Bag Crochet Mama (Bahagian 2)
Teks & Gambar: Aida Yusoff
Inilah gambar penuh beg crochet untuk mama. Saya sertakan sekali sekeping kad yang dibuat sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Entri kali ini saya ingin tunjukkan gambar-gambar proses penghasilan beg crochet Mama. Di bawah ini adalah gambar lima kepingan granny square yang telah siap, dua granny square berukuran 4inci kali 4inci dan tiga granny square yang berukuran 10inci kali 10inci.
Saya telah menggunakan fabrik kapas bercorak polka-dot sebagai lining untuk beg crochet ini. Langkah menjahit fabrik kapas kepada kepingan granny square sebagai lining dilakukan sebelum menyambung kelima-lima kepingan granny square menjadi beg.
Saya telah menggunakan teknik tunisian crochet untuk menghasilkan tali beg tersebut. Panjang tali beg adalah 20inci.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Teks & Gambar: Aida Yusoff Kraf kad ucapan boleh dikategorikan sebagai salah satu cabang kraf kertas. Ramai di antara kita yang perna...
-
Teks & Gambar: Aida Yusoff Entri ini saya ingin menerangkan sedikit anatomi atau bahagian-bahagian kad ucapan supaya pembaca semua lag...
-
Pada tahun 2010, saya ada mengikuti satu kelas solekan pengantin. Diantara projek yang perlu saya siapkan adalah sesi fotografi hasil soleka...